OPERASI mencari mangsa bersambung semula. FOTO Khalid Latip
OPERASI mencari mangsa bersambung semula. FOTO Khalid Latip
PERAHU mangsa yang ditemui hanyut di Sungai Stubah, Bintangor. FOTO Khalid Latip
PERAHU mangsa yang ditemui hanyut di Sungai Stubah, Bintangor. FOTO Khalid Latip
Khalid Latip


Bintangor: Lelaki dari Rumah Panjang Bala di sini dilaporkan hilang selepas keluar mencari siput di Sungai Stubah, 7 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, mangsa Clement Guntur, 43, disedari hilang apabila perahu yang dinaikinya ditemui hanyut oleh penduduk kampung pada 11 pagi.

"Susulan laporan Polis yang dibuat bapanya Guntur Unow, 63, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Bagaimanapun, sehingga 6.18 petang semalam, mangsa masih belum ditemui dan operasi bersambung semula 7 pagi ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2016 @ 8:35 AM