MAYAT lelaki yang ditemuk terapung di Sungai Rejang. FOTO Norsyazwani Nasri
MAYAT lelaki yang ditemuk terapung di Sungai Rejang. FOTO Norsyazwani Nasri
Norsyazwani Nasri


Bintangor: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Rejang, di sini, hari ini.

Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II Mohmad @ Mohammad Mahmud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada 1.56 pagi dengan mengerahkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintangor ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati satu mayat lelaki terapung.

"Pasukan Bomba menjalankan kerja mengambil mayat terbabit dan berjaya membawa ke jeti jam 2.48 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, identiti mangsa belum dapat dikenal pasti kerana tiada pengenalan diri.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2020 @ 11:11 AM