ANGGOTA  bomba menurunkan lelaki yang cuba membunuh diri di menara pencawang telekomunikasi. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba menurunkan lelaki yang cuba membunuh diri di menara pencawang telekomunikasi. FOTO Ihsan Bomba
Noor Hidayah Tanzizi


Pantai Remis: Bomba berjaya memujuk lelaki dipercayai mempunyai masalah mental untuk turun dari menara pencawang telekomunikasi dalam cubaan membunuh diri di Jalan Bundry, Kampung Panchor, Pantai remis, 8 malam tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian itu sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota mendapati seorang lelaki berusia 33 tahun itu berada di tingkat tiga menara berkenaan dalam keadaan separuh sedar.

"Mangsa yang mempunyai rekod kesihatan sakit jantung dan asma bagaimanapun berjaya dipujuk dan diturunkan dari pencawang pada 9.14 malam dengan menggunakan tali dan alatan khas.

"Selepas dibawa turun, lelaki berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 12:00 AM