Anggota bomba berusaha mengeluarkan cincin dari jari  hantu Wong. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Anggota bomba berusaha mengeluarkan cincin dari jari hantu Wong. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Noor Hidayah Tanzizi


Pantai Remis: Lelaki berusia 30-an terpaksa menahan sakit lebih 30 minit apabila cincin besi di jari hantunya tersangkut dan tidak dapat dikeluarkan sehingga terpaksa datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis, di sini, untuk mendapatkan bantuan, pagi tadi.

Dalam kejadian 9.25 pagi, jari tengah sebelah kanan Wong Ah Kaw bengkak selepas cincin besi yang dipakainya tidak dapat ditanggalkan.

Ketua BBP Pantai Remis Penolong Penguasa Bomba Amir Ahmad berkata, lelaki itu datang ke balai bomba ditemani isterinya dengan menaiki kereta untuk mendapatkan bantuan.

"Bomba mengambil masa kira- kira 30 minit memotong cincin besi yang tersangkut di jari mangsa dengan menggunakan alat pemotong.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Keterangan gambar:

Pix : Bomba memotong cincin yang tersangkut di jari tengah mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2016 @ 4:43 PM