LOGITECH K375
LOGITECH K375
Afiq Hanif


Logitech memperkenalkan pakej papan kekunci dan tetikus Logitech K375 yang boleh dipasangkan bersama telefon pintar.

Papan kekunci dan tetikus tanpa wayar terbabit sesuai digunakan bagi mereka yang mahu menaip menggunakan telefon pintar atau tablet dihubungkan melalui bluetooth atau pemancar USB Logitech Unifying.

‘Stand’ telefon atau tablet juga didatangkan bersama untuk tujuan terbabit dan papan kekunci ini hanya menggunakan dua bateri bersaiz AAA yang boleh bertahan sehingga dua tahun selain kalis percikan air.

INFO

LOGITECH K375

• HARGA: RM119

• SAMBUNGAN: Bluetooth, USB Logitech Unifying

• SAIZ: 20.5 x 435.5 x 137.5mm

• BERAT: 475g

• JAMINAN: 1 tahun

• KESESUAIN: Windows 7, Android 5.0, Mac OS X 10.10, iOS 5 dan Chrome OS ke atas.

• JARAK TANPA WAYAR: 10 meter

• BATERI: 2 x AAA

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 11:20 AM