IA juga sesuai untuk pengguna yang kerap bermain konsep permainan kompetitif.
IA juga sesuai untuk pengguna yang kerap bermain konsep permainan kompetitif.
Muhammad Saufi Hassan


Setiap 'gamers' semestinya mengidamkan perkakas atau 'peripherals' yang lengkap dengan teknologi terkini khususnya untuk konsep permainan kompetitif.

Permainan yang kompetitif memerlukan perkakas yang setara dengan kemajuan teknologi dan pada masa sama, memberikan kebebasan kepada pengguna untuk melakukan pengubahsuaian.

Untuk itu, penulis ingin mencadangkan kepada jenama perkakas kelas permainan yang tidak asing lagi iaitu Logitech.

Menerusi jenama ini, Logitech menawarkan teknologi 'Lightspeed' yang menjamin ketersambungan untuk setiap perkakas pada tahap tertinggi tanpa kelengahan.

Perkakas ini juga memberikan kekemasan kepada pengguna apabila ia tidak menggunakan wayar sambungan apabila semuanya bersifat tanpa wayar.

Wujud satu masalah yang nyata untuk perkakas tanpa wayar ini iaitu masalah sambungan yang adakalanya bersifat normal dan adakalanya lengah.

Untuk itu, Logitech G Pro X menampilkan keupayaan Lightspeed, sekali gus pemain tidak akan mengalami kelengahan, malah dapat menikmati mutu permainan sebenar.

Di samping itu juga, pengguna juga boleh menikmati kekemasan di meja permainan tanpa wayar yang berserabut.

Menyentuh soal teknologi Lightspeed berkenaan, ia adalah evolusi ketersambungan yang diguna pakai Logitech untuk memastikan setiap pemain dapat menikmati pengalaman permainan yang terbaik.

FON kepala daripada Logitech ini memberikan kedalaman bunyi yang lebih dinamik.
FON kepala daripada Logitech ini memberikan kedalaman bunyi yang lebih dinamik.

Untuk itu, tetikus Logitech G Pro X Superlight 2 Lightspeed adalah manifestasi kepada evolusi berkenaan dengan berat tetikus yang ringan dan ketersambungan yang sentiasa pada tahap terbaik.

Ciri-ciri utama untuk perkakas ini, ia adalah mekanikal hibrid optikal yang memberikan penjejakan lebih 500 IPS, sehingga 32,000 DPI termasuk keupayaan sensor yang tepat.

Tetikus ini sangat sesuai untuk konsep permainan kompetitif kerana sensor berkenaan mempunyai tahap kejituan paling tinggi.

Ia juga mempunyai 'zero additive' PTFE yang memberikan keselesaan kepada pemain untuk menggerakkan tetikus mereka tanpa sebarang bebanan.

Jika menyentuh soal tanpa wayar ini, persoalan utama kebanyakan pemain adalah bagaimana tahap bateri serta jangka hayatnya.

Pengalaman penulis mendapati dengan tempoh permainan harian sekitar tiga hingga empat jam, jangka hayat bateri ini mampu bertahan sehingga 100 jam tanpa sebarang masalah.

Pada masa sama, penetapan perkakas ini juga lebih baik jika pemain menggunakan Logitech G Pro X TKL Lightspeed yang turut menggunakan talaan prestasi kompetitif.

Ciri-ciri utama papan kekunci ini adalah setiap kekunci strok berkenaan boleh diprogramkan untuk warna dan sebagainya termasuk didatangkan dengan 'volume roller' di bahagian atas.

Secara keseluruhannya, ia adalah perkakas yang wajar dimiliki setiap pemain atau pengguna di luar sana untuk menikmati pengalaman permainan yang lebih baik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2023 @ 6:31 AM