PRODUK baru Logitech yang diperkenalkan. FOTO Asyraf Hamzah
PRODUK baru Logitech yang diperkenalkan. FOTO Asyraf Hamzah
Oleh Afiq Hanif


KUALA LUMPUR: Logitech Malaysia memperkenalkan tiga model papan kekunci tanpa wayar yang membolehkan pengguna bekerja secara lebih produktif.

Model yang dikeluarkan termasuk Logitech K480, Logitech K380 dan Logitech M33a yang menggunakan sambungan Bluetooth 4.0.

Kesemuanya mampu disesuaikan dan dipadankan dengan mana-mana peranti lain yang beroperasi pada pelbagai platform seperti iOS dan Android.

Selain itu, versi K480 Plus memungkinkan pengguna menghubungkannya dengan TV pintar bagi mengoperasikan beberapa aplikasi dalam TV.

Logitech K480 dan Logitech K380 masing-masing dijual pada harga RM179 serta RM149 manakala harga M33a masih belum diumumkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 5:10 PM