KEBAKARAN membabitkan stor di kilang pembuatan tayar. FOTO ihsan Bomba
KEBAKARAN membabitkan stor di kilang pembuatan tayar. FOTO ihsan Bomba
Muhammad Izzat Nasuruden


Taiping: Stor penyimpanan tayar motosikal di kilang tayar di Kamunting, di sini, terbakar, 6.30 petang tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting berkata, kebakaran itu mengakibatkan 50 peratus stor kilang berkenaan musnah.

Katanya, kerja-kerja pemadaman turut dibantu oleh anggota dari BBP Taiping dan Bagan Serai.

"Anggota berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan bersebelahan dan operasi pemadaman masih dijalankan.

"Kebakaran tidak membabitkan kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Disember 2016 @ 9:06 PM