ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sembilan rumah di Kampung Baru, Kamunting, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sembilan rumah di Kampung Baru, Kamunting, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Taiping: Seramai 26 individu terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas sembilan rumah di Kampung Baru, Kamunting, di sini, terbakar hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, semua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Jana Sambungan di sini, yang dibuka pada 4.44 petang.

Menurutnya, ia bagi menempatkan enam keluarga.

Katanya, kejadian pada 2.50 petang itu membabitkan lapan rumah kelas B yang terbakar 95 peratus, manakala sebuah rumah kelas A yang terbakar tiga peratus.

"Bagaimanapun, kebakaran tidak membabitkan mangsa. Operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.57 petang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 9:41 PM