KEBAKARAN di Bazar Tsen Loong. FOTO ihsan Bomba
KEBAKARAN di Bazar Tsen Loong. FOTO ihsan Bomba
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Taiping: Sembilan daripada 50 gerai di Bazar Tsen Loong, Jalan Taming Sari di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata,

dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, gerai terbabit mengalami kemusnahan 40 peratus.

"Operasi pemadaman yang turut dibanti pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau dan Kamunting, tamat pada jam 4.57 pagi tadi," katanya ketika dihubungi media hari ini.

Menurutnya lagi punca kebakaran masih dalam siasatan.

Katanya, seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping cedera di muka akibat letupan kecil ketika mengawal kebakaran.

Mangsa, Abdul Hakim Ahmad Zaidi, 30, kini menerima rawatan di Hospital Taiping dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2022 @ 11:01 AM