Hadzlihady Hassan


Georgetown: Seorang lelaki yang juga pemandu teksi ditemui mati dalam kenderaanya dengan kesan lima tikaman di Kampung Kebun Lama, Jalan Terengganu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mayat Kheng Heo Keong, 56, ditemui di tempat duduk belakang teksinya dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Menurut sumber, pemeriksaan mendapati mangsa ditikam di leher, dada dan juga belakang badan.

"Hasil siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di kawasan terbabit.

"Setakat ini, polis masih menyiasat motif kejadian dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Disember 2016 @ 8:57 AM
ANGGOTA Forensik menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat seorang pemandu teksi yang dipercayai dibunuh. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
ANGGOTA Forensik menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat seorang pemandu teksi yang dipercayai dibunuh. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Pemandu teksi yang maut ditikam. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Pemandu teksi yang maut ditikam. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal