TEKSI terbabas selepas pemandu meninggal dunia. Foto ihsan pembaca
TEKSI terbabas selepas pemandu meninggal dunia. Foto ihsan pembaca
Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Seorang pemandu teksi ditemui meninggal dunia dalam kenderaannya berhampiran lampu isyarat di Jalan Paya Terubong, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 9.15 pagi itu, pemandu teksi berkenaan Lim Leang Tye, 61, dikatakan diserang sakit jantung ketika sedang memandu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa ditemui orang awam selepas melihat teksinya terbabas di tengah jalan.

"Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2015 @ 3:26 PM