KENDERAAN mangsa yang dilarikan.
KENDERAAN mangsa yang dilarikan.
Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Seorang lelaki hanya mampu terpinga-pinga apabila kereta miliknya dilarikan dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja trak penunda.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, suspek berpura-pura mahu menghulurkan bantuan selepas mangsa terbabit kemalangan kecil di Jalan Syed Putra menghala ke Mid Valley, di sini.

Mangsa berusia 40 tahun dikatakan terlanggar kereta Perodua Kenari yang berada di hadapan sebelum berhenti untuk melihat keadaan kenderaannya.

Difahamkan, mangsa tidak mematikan enjin kenderaannya sebaliknya keluar dari kenderaan untuk melihat kerosakan yang berlaku.

Namun ketika berbincang dengan pemilik kenderaan itu, dua lelaki menaiki motosikal tiba-tiba muncul dan mengaku sebagai pekerja trak tunda.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Disember 2016 @ 6:32 AM