Peserta membaiki basikal rosak di laluan ladang kelapa sawit. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Peserta membaiki basikal rosak di laluan ladang kelapa sawit. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Aksi peserta mengangkat basikal laluan ladang kelapa sawit. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Aksi peserta mengangkat basikal laluan ladang kelapa sawit. FOTO Mohd Azren Jamaludin
FAIL Abdullah Yusof
FAIL Abdullah Yusof
Mohamad Fahd Rahmat


PELUMBA mewakili PDRM-SBS Giant, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, juara Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2016, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini.

Muhammad Fauzan meninggalkan pesaingnya, Muaz Abd Rahim yang juga rakan sepasukan di tangga kedua dan pelumba Indonesia, Sugianto daripada pasukan Cyclomotion di tempat ketiga.

Khairul Aniq Mohamad Ghazali, daripada pasukan SBS Giant juga cemerlang dalam kategori junior lelaki, meninggalkan pesaingnya Zamirul Adlisham (KHS Factory), di tempat kedua dan Pam Zhen Siang (Safari Factory), di tangga ketiga.

Bagi kategori, lelaki junior master, pelumba Surachet Sun Jui daripada pasukan Team Thailand mendahului pesaingnya, Mohd Zukri Tahir (Polygon) di tempat kedua, dan Ramly Ismail (Twitter) di tempat ketiga.

Johan kategori, lelaki senior master, disandang juga dari pasukan Team Thailand menerusi Prasert Chitmart meninggalkan Mohd Razani Husin (individu) di tangga kedua dan Tan Chee Yong (SBS Giant).

Bagi kategori terbuka wanita, rentak cemerlang pelumba Thailand diteruskan dengan kemenangan juara dan naib juara Supuksorn Nuntana bersamarakan sepasukan, Sarocha Kamonlakhon yang meninggalkan Norfadilah Saiedin (Cyclomotion) di tempat ketiga.

Bagi pemenang keseluruhan kejohanan menyaksikan pasukan SBS Giant, melalui gandingan trio Muhammad Fauzan, Muaz dan Mohd Hafiz Rozli unggul mendominasi tempat pertama hingga ketiga dengan kutipan mata, 30, 20 dan 15.5.

Bagi kategori junior lelaki, Muhammad Zahin Wahi mewakili Maskom Cycling muncul juara keseluruhan dengan memperoleh 16 mata meninggalkan pesaingnya, Khairul Aniq untuk tempat kedua (15 mata) dan Zamirul (14 mata).

Kategori lelaki junior master keseluruhan menyaksikan pelumba Mohd Zukri muncul juara dengan kutipan 28 mata meninggalkan Suracher dengan 25 mata dan Azizul Azli Shaari (Proucell) 15 mata.

Untuk kategori lelaki senior master Prasert menyandang juara dengan 29 mata mendahului Tan dengan 27 mata dan Mohd Razani, 25 mata.

Kategori terbuka wanita, gandingan Supuksorn dan Sarocha meungguli tempat pertama dan kedua keseluruhan dengan kutipan mata 30 dan 26 mata mengatasi Norfadilah dengan 22 mata.

Juara, naib juara dan tempat ketiga setiap kategori menerima hadiah wang tunai, RM1,000, RM700 dan RM500 bersama medal manakala juara, naib juara dan tempat ketiga, keseluruhan setiap kategori pula menerima RM1,500, RM1,000 dan RM500 bersama medal.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 7:08 PM