Mohd Fadly Samsudin dan Faliq Lajim


Kuala Lumpur: Seorang pekerja maut, tiga parah manakala enam terperangkap di bawah runtuhan konkrit di tapak pembinaan di Kampung Abdullah Hukum, Jalan Bangsar, 3.30 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur berkata, seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Hang Tuah dan BBP Seputeh terbabit dalam operasi menyelamat di lokasi kejadian.

Menurutnya, runtuhan membabitkan konkrit setinggi dua tingkat.

"Setakat ini, lima atau enam pekerja masih terperangkap di bawah runtuhan.

"Tiga pekerja disahkan berada dalam keadaan kritikal manakala seorang dilaporkan cedera," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 November 2016 @ 5:19 PM
Keadaan binaan yang runtuh. - Foto Ihsan Pembaca
Keadaan binaan yang runtuh. - Foto Ihsan Pembaca
Keadaan binaan yang runtuh. - Foto Ihsan Pembaca
Keadaan binaan yang runtuh. - Foto Ihsan Pembaca
Anggota bomba melakukan kerja menyelamat di lokasi. FOTO Mohd Fadly Samsudin
Anggota bomba melakukan kerja menyelamat di lokasi. FOTO Mohd Fadly Samsudin