BAYI yang diselamatkan dari runtuhan bangunan berkenaan. FOTO Agensi
BAYI yang diselamatkan dari runtuhan bangunan berkenaan. FOTO Agensi
Agensi

Amman: Nyawa seorang bayi di Jordan ternyata panjang apabila dia ditemukan masih bernyawa, walaupun terperangkap dalam sisa runtuhan bangunan empat tingkat.

Bayi terbabit ditemukan selepas 30 jam kejadian di Jabal al-Weibdeh yang turut mengorbankan 14 nyawa itu, pada 13 September lalu.

Bayi perempuan bernama Malak itu digelar ikon 'harapan dan kehidupan' dan dianggap satu keajaiban di negara itu.

Ibunya mendedahkan, dia berfirasat anak perempuannya yang terperangkap di bawah sisa runtuhan itu masih hidup.

Ibunya, Israa Raed, 26, menjerit ketika tiba di lokasi runtuhan dan mahu mencari anak perempuannya itu.

"Mana anak perempuan saya?," katanya ketika tiba di lokasi runtuhan.

Ketika kejadian, dia meninggalkan anaknya bersama seorang rakan yang tinggal di aras bawah tanah bangunan berkenaan kerana mahu menghantar pesanan barang kosmetik.

FOTO fail menunjukkan pasukan penyelamat di lokasi kejadian. FOTO fail Reuters
FOTO fail menunjukkan pasukan penyelamat di lokasi kejadian. FOTO fail Reuters

Operasi pencarian dijalankan secara besar-besaran selepas siasatan mendapati terdapat kira-kira 25 orang terperangkap.

Pendakwa raya Jordan mengarahkan tiga orang ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu, lapor media tempatan.

Dalam video penuh emosi, Malak dilihat diselubungi debu namun masih bernafas ketika ditarik keluar dari runtuhan.

Bayi itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 September 2022 @ 2:02 PM