Oleh Nurul Huda Kosnan


Kuala Lumpur: Banjir dan kejadian tanah runtuh di Kelantan menyebabkan lapan perkhidmatan tren KTM Intercity laluan Pantai Timur dibatalkan sejak 6.30 pagi tadi.

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dalam satu kenyataan memaklumkan penumpang boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan atau menukar semula tarikh perjalanan.

Perkhidmatan tren KTM Intercit yang terjejas adalah Tren No 26 Ekspres Senandung Timuran (Woodlands-Tumpat), Tren No 27 Ekspres Senandung Timuran (Tumpat-Woodlands), Tren No 28 Ekspres Wau (Kuala Lumpur Sentral-Tumpat), Tren No 29 Ekspres Wau (Tumpat-Kuala Lumpur Sentral), Tren No 70 Shuttle Gua Musang-Tumpat, Tren No 71 Shuttle Tumpat-Gua Musang, Tren No. 72 – Shuttle Gua Musang – Tumpat dan Tren No 73 Shuttle Tumpat-Gua Musang.

"Semua perkhidmatan tren yang disenaraikan itu akan mengalami gangguan perkhidmatan sehingga keadaan pulih seperti biasa dan KTM Bhd akan memaklumkan status perkhidmatan tren terkini dari semasa ke semasa.

"KTM Bhd tidak menyediakan pengangkutan alternatif untuk semua perkhidmatan tren yang dibatalkan," katanya

Orang ramai boleh mendapatkan keterangan lanjut daripada bahagian khidmat pelanggan KTM Bhd ditalian 1-300-88-5862.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 7:20 PM