ANGGOTA bomba membawa turun kucing dari pokok setinggi 9 meter. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba membawa turun kucing dari pokok setinggi 9 meter. FOTO ihsan Bomba
Farah Suhaidah Othman


Gerik: Bomba selamatkan kucing yang tidak dapat turun dari atas pokok setinggi 9 meter di belakang Pasar Awam Gerik, 3.18 petang tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gerik berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, anggota kemudiannya menggunakan tangga untuk naik menyelamatkan kucing berkenaan yang dipercayai sudah beberapa jam di atas pokok itu.

"Kucing berkenaan berjaya dibawa turun dan diserah kepada pemilik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 5:27 PM