Anggota bomba menggunakan tangga untuk menyelamatkan kucing yang terperangkap di atas pokok di Jalan Sultan Idris, 3.20 petang hari ini. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba menggunakan tangga untuk menyelamatkan kucing yang terperangkap di atas pokok di Jalan Sultan Idris, 3.20 petang hari ini. FOTO ihsan bomba
Muhamad Izzat Nasuruden

Kuala Kangsar: Anggota bomba selamatkan kucing yang tidak dapat turun dari atas pokok setinggi enam meter di Jalan Sultan Idris, di sini, 3.20 petang hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Pegawai Bomba Kanan 2 Aziz Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.24 petang daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, anggota kemudiannya menggunakan tangga untuk naik menyelamatkan kucing berkenaan yang dipercayai sudah beberapa jam di atas pokok itu.

"Kucing berkenaan berjaya dibawa turun dan dilepaskan ke tempat yang selamat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 6:41 PM