MAZIRA Alias, 30, ditemani ibunya Normah Mansor, 48 (tiga kanan), bapa tiri, Mohamad Yusof Lee Abdullah, 76 (dua kanan). FOTO Aswadi Alias
MAZIRA Alias, 30, ditemani ibunya Normah Mansor, 48 (tiga kanan), bapa tiri, Mohamad Yusof Lee Abdullah, 76 (dua kanan). FOTO Aswadi Alias
FOTO Aswadi Alias
FOTO Aswadi Alias
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Nerus: Impian wanita OKU memiliki ijazah selepas 11 tahun menunggu akhirnya tercapai.

Dia menerima Ijazah Sarjana Muda Kaunseling sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-14 di sini, hari ini.

Mazira Alias, 30, yang juga anak sulung daripada enam beradik hilang empat jari tangan kanannya akibat terkena mesin tebu ketika menjalankan perniagaan air tebu dan pisang goreng pada Mei 2011.

Katanya, keuzuran ayah tiri, Mohamad Yusof Lee, 76, dan ibu, Normah Mansor, 48, yang sakit kaki tidak mengizinkan mereka untuk melakukan kerja berat.

Oleh itu, katanya, dia berniaga untuk menanggung keluarga selain menggunakannya untuk menyambung pelajaran.

"Saya tidak pernah berhenti menyimpan hasrat menyambung pengajian selepas menduduki STPM pada 2005. Malah, ibu juga berterusan memberikan semangat.

“Tapi, saya putus harap apabila diuji dengan kemalangan menyebabkan saya hilang empat jari.

“Malah, duit untuk sambung belajar saya terpaksa menggunakannya untuk perubatan.

"Bagaimanapun, berkat doa dan dorongan ibu bapa, ahli keluarga dan guru, saya kuatkan diri untuk menyambung pengajian pada Ogos 2011.

“Saya juga mendapat bantuan pengajian daripada UMT melalui Tabung Zakat UMT,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen UMT ke-14 di Dewan Sultan Mizan, di sin, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2016 @ 4:54 PM