HARIMAU Malaya atau dikenali sebagai Panthera tigris jacksoni.
HARIMAU Malaya atau dikenali sebagai Panthera tigris jacksoni.
Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Faliq Lajim

Kuala Lumpur: Persoalan sama ada populasi harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera tigris jacksoni di negara ini semakin pupus sukar dijawab tepat.

Namun jika benar ia pastinya berkait rapat dengan habitat serta kawasan hutan yang giat diterokai untuk tujuan pembangunan dan pertanian.

Bagaimanapun, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) meletakkan sasaran peningkatan populasi harimau Malaya kepada 1,000 ekor pada 2020.

Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tindakan pihak tertentu yang mempersoalkan isu populasi harimau Malaya di negara ini perlu diperhalusi membabitkan pelbagai faktor lain.

Menurutnya, harimau Malaya memerlukan kawasan hutan yang luas sebagai habitat, sumber makanan yang mencukupi dan mendapat perlindungan untuk membiak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2016 @ 6:56 AM