SEBAHAGIAN pelajar yang menyertai kursus di Ulu River Lodge.
SEBAHAGIAN pelajar yang menyertai kursus di Ulu River Lodge.

Kuala Lumpur: Seramai 32 mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengadakan projek lawatan sambil belajar untuk kursus pelancongan sukan (VSEM3106) di Ulu River Lodge, Gopeng, Perak, baru-baru ini.

Antara yang turut terbabit ialah pemain badminton kebangsaan iaitu Chow Mei Kuan, Low Juan Shen serta Shevon Lai Jemie.

Program anjuran pelajar Pusat Sukan UM itu bertujuan merapatkan hubungan antara pelajar selain meneroka keindahan alam semula jadi.

Program berkenaan juga menekankan kepentingan kecergasan kesihatan dan juga pembabitan sosial dalam kalangan masyarakat setempat di samping menerokai potensi eko-pelancongan dan impak eko-pelancongan.

Selain itu, melalui kursus berkenaan, mahasiswa yang terbabit dapat mengetahui tempat pelancongan yang boleh mereka lawati di seluruh Malaysia.

Ulu Riger Lodge menawarkan pelbagai aktiviti lasak membabitkan kecergasan bertemakan alam semula jadi seperti water rafting dan jungle trekking.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 6:20 AM