PENGUSAHA bot bersiap sedia menanti kedatangan pelancongan di Taman Negara. FOTO Roselan Ab Malek
PENGUSAHA bot bersiap sedia menanti kedatangan pelancongan di Taman Negara. FOTO Roselan Ab Malek
Roselan Ab Malek


Jerantut: Seramai 370 pengiat pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan berasa lega dapat beroperasi semula apabila tiada lagi larangan rentas negeri.

Keadaan itu sekaligus memberi satu harapan baru kepada sektor eko-pelancongan domestik itu kerana boleh dibuka kepada pelancong luar Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK) Kuala Tahan Abdul Jalil Abdul Rahman berkata, pengumuman itu diharap dapat membantu 370 ahli persatuan pelancongan di situ memulihkan semula ekonomi mereka yang terjejas selama 18 bulan lalu akibat Covid-19.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Kuala Tahan berkata, jumlah itu tidak termasuk pengusaha sokongan lain seperti pengusaha penyajian makanan, pembekal, peruncit dan lain-lain sektor yang bergantung harap kepada bidang pelancongan sebagai sumber pendapatan utama mereka.

"Kelonggaran itu sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat kepada semua pihak terbabit bagi merancakkan semula sektor pelancongan domestik di negara ini," katanya.

Katanya, mereka mempunyai kira-kira dua bulan untuk beroperasi kerana biasanya pada pengunjung tahun, Taman Negara akan ditutup semula kerana musim tengkujuh.

Katanya, beliau akan memastikan semua penggiat eko-pelancongan dan pengunjung di Taman Negara mematuhi prosedur operasi standard( SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, dalam masa yang sama pengusaha rumah tumpangan dan chalet dicadangkan menyediakan papan tanda besar menyatakan bilangan pekerja yangsudah menerima vaksinasi lengkap bagi menyakinkan pengunjung yang datang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Oktober 2021 @ 11:11 AM