SHAHRIL Ridza ketika taklimat media. FOTO Syarifah Dayana Syed Bakri
SHAHRIL Ridza ketika taklimat media. FOTO Syarifah Dayana Syed Bakri
Syarifah Dayana Syed Bakri


Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan Akaun Emas mulai 1 Januari 2017 sebagai simpanan persaraan kedua untuk ahli berusia 55 tahun dan ke atas.

Melalui inisiatif ini, caruman baru yang diterima selepas usia 55 tahun secara automatik dimasukkan ke Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai usia 60 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, inisiatif berkenaan diwujudkan memandangkan purata rakyat Malaysia kini masih bekerja selepas usia 55 tahun.

"KWSP memutuskan untuk menyediakan dana persaraan kedua iaitu Akaun Emas untuk memelihara simpanan ahli sehingga usia 60 tahun.

"Kami memberi jaminan bahawa pengeluaran pada usia 55 tahun adalah kekal dan Akaun Emas tidak akan menjejaskan skim semasa di mana ahli diberi pilihan untuk membuat pengeluaran penuh atau sebahagian saja ketika mencapai usia 55 tahun," katanya pada taklimat media di sini.

Selain itu, KWSP juga melanjutkan had pengkreditan dividen dari usia 75 tahun ketika ini kepada 100 tahun mulai tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 5:43 PM