PASUKAN VG Cyberzen.
PASUKAN VG Cyberzen.
PASUKAN Renegades.
PASUKAN Renegades.
ASHRAF (dua dari kiri) dan Aiman (depan) bersama pasukan Fire Dragoon Esports.
ASHRAF (dua dari kiri) dan Aiman (depan) bersama pasukan Fire Dragoon Esports.
E-sukan pertama anjuran PGL di Malaysia dengan kolaborasi bersama eGG Network.
E-sukan pertama anjuran PGL di Malaysia dengan kolaborasi bersama eGG Network.
E-sukan pertama anjuran PGL di Malaysia dengan kolaborasi bersama eGG Network.
E-sukan pertama anjuran PGL di Malaysia dengan kolaborasi bersama eGG Network.
E-sukan pertama anjuran PGL di Malaysia dengan kolaborasi bersama eGG Network.
E-sukan pertama anjuran PGL di Malaysia dengan kolaborasi bersama eGG Network.
Hazril Md Nor


Industri sukan elektronik dilihat semakin berkembang pesat di negara kita apabila terdapat banyak organisasi dari luar negara menunjukkan minat melabur dalam bidang ini.

Contohnya, organisasi e-sukan, PGL menganjurkan kejohanan permainan video Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) Minor Asia baru-baru ini sekali gus menjadikan ia acara pertama PGL dianjurkan di Malaysia.

Acara yang juga kolaborasi bersama Astro eGG Network ini diadakan di Pinewood Iskandar Studio, Johor Bahru bermula 28 Oktober hingga 30 Oktober lalu mengumpulkan lapan pasukan pilihan dari Malaysia, Australia, Indonesia, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Korea Selatan.

Menariknya mengenai acara ini, ia menandakan kemunculan sulung pasukan negara, Fire Dragoon Esports dengan pertukaran pemain baru.

Ia dianggotai Ashraf Firdaus, Alex Pereira, Andrew Khong, Aiman Azham (kapten) dan Aaron Pereira menggantikan Syahrir Izzat.

Ashraf berkata, keputusan Aaron diturunkan sebagai pemain daripada kedudukannya sebelum ini sebagai jurulatih banyak memberikan impak pada prestasi keseluruhan pasukan.

“Barisan pemain sekarang lebih konsisten kerana Aaron berpengalaman dan memiliki corak permainan berbeza daripada rata-rata pemain Asia lain.

“Oleh itu, dengan kemahiran itu dia banyak memberi tunjuk ajar kepada kami untuk berdepan pasukan yang lebih lama dalam industri,” katanya.

Fire Dragoon Esports akur dengan markah keseluruhan 1-2 pada peringkat kelayakan yang tidak melayakkan mereka berjaya ke peringkat seterusnya.

Bagaimanapun, penulis berharap pasukan negara akan memberikan persembahan cemerlang dengan persiapan lebih rapi pada kejohanan seterusnya.

Pertingkatkan industri e-sukan

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PGL, Silviu Stroie berkata, pihaknya memilih Malaysia sebagai lokasi acara kerana yakin dengan potensi dan sambutan di negara ini.

“Malaysia sangat popular dengan permainan video Dota 2 jika dilihat daripada sambutan dan penganjuran acara yang kerap di sini.

“Bagaimanapun, CS:GO baru-baru ini menunjukkan perkembangan positif dari sudut populariti, penerimaan peminat dan komuniti yang sentiasa menyokong hala tuju permainan video ini.

“Justeru, penganjuran acara berprestij CS:GO pastinya mampu menarik lebih ramai peminat dalam dan luar negara selain mengembangkan industri sukan elektronik secara keseluruhannya,” katanya.

INFO:

- Lapan pasukan bertanding adalah TyLoo, Renegades, Athletico BH, Team Bot, Team MVP Project, Fire Dragoon Esports, Team NXL dan Cyberzen.

- Hadiah wang tunai terkumpul berjumlah AS$50,000 (RM210,000).

- Dua pasukan teratas iaitu TyLoo dan Renegades mara ke Kejohanan Major CS:GO di Atlanta, Amerika Syarikat.

- PGL eSports adalah organisasi yang menganjurkan e-sukan di peringkat dunia sejak tahun 2002.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 1:39 PM