ARISHA bukukan koleksi puisi atas dorongan ibu.
ARISHA bukukan koleksi puisi atas dorongan ibu.
ARISHA bukukan koleksi puisi atas dorongan ibu.
ARISHA bukukan koleksi puisi atas dorongan ibu.
ARISHA bukukan koleksi puisi atas dorongan ibu.
ARISHA bukukan koleksi puisi atas dorongan ibu.
Nor Hanisah Kamaruzaman

Penulis kagum dengan sudut kreatif dalam diri Arisha Akhir, 29, yang menghasilkan karya puisi didorong minat membaca sejak kecil.

Menurut Arisha, selepas banyak membaca penulisan daripada ramai penulis, mula terlintas di fikirannya untuk menjadi seperti mereka.

“Saya menulis kerana sejak kecil gemar membaca buku sehingga satu ketika terfikir kenapa saya tidak menulis?

“Tambah lagi menulis puisi juga bukan sekadar penulisan biasa tapi lebih kepada penghasilan naskhah seni kerana melahirkan emosi dan meluahkan rasa melalui penulisan.

“Malah, dengan menulis saya dapat ekspresikan diri selain menjadi terapi kerana boleh meluahkan segala-galanya di atas kertas,” katanya.

Arisha yang juga guru penulisan kreatif dan drama berkata, keputusan untuk membukukan penulisan puisinya idea spontan yang diberikan ibunya.

“Saya suka menulis tapi tidak pernah terfikir untuk membukukan semua penulisan kerana semuanya begitu peribadi dan dekat dengan saya.

“Selepas 10 tahun mengumpul saya beritahu ibu sudah banyak karya puisi kemudian dia cadangkan supaya terbitkan buku,” katanya.

Selepas menerbitkan koleksi puisi pertama dalam dalam buku bertajuk ‘Uncertainty’ pada tahun 2013, Arisha kemudian menghasilkan koleksi puisi dalam buku berjudul ‘Still’ pada 2015.

Menurut Arisha, dia bakal menerbitkan buku ketiga bertajuk ‘Here’ pada awal tahun hadapan yang juga koleksi penulisan yang terkumpul.

“Saya menulis melalui pengalaman hidup dan melihat apa yang berlaku di sekeliling, jadi ia adalah penulisan dari hati.

“Saya nasihatkan kepada golongan muda yang ingin berkarya supaya tidak takut ambil risiko dan jangan bimbang maklum balas bakal diterima. Apa yang penting anda berikan dan hasilkan yang terbaik serta ikhlas dari hati,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 10:23 AM