Keranda mengandungi mayat mangsa tiba di Lapangan Terbang Moses Kilangin di in Timika, wilayah Papua, hari ini.
Keranda mengandungi mayat mangsa tiba di Lapangan Terbang Moses Kilangin di in Timika, wilayah Papua, hari ini.
AP

Jakarta: Pasukan penyelamat hari ini, menemui empat mayat dalam bangkai pesawat kargo yang terhempas di kawasan pergunungan wilayah Papua semalam.

Bangkai pesawat DHC4 Turbo Caribou PK-SWW buatan Kanada, milik syarikat penerbangan Indonesia itu ditemui di lereng gunung pada ketinggian 3,660 meter) di kawasan Jayawijaya.

Pengarah Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan, Henry Bambang Soelistyo, berkata pesawat Caribou itu yang berlepas dari bandar Timika, dalam perjalanan menghantar bahan binaan ke Ilaga apabila ia hilang semalam.

Pesawat itu membawa empat orang, termasuk dua juruterbang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2016 @ 5:29 PM