YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (tengah) berkenan bergambar bersama pemain  Kedah dan trofi Piala Malaysia   pada majlis santapan malam  di Istana Negara, malam tadi.
YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (tengah) berkenan bergambar bersama pemain Kedah dan trofi Piala Malaysia pada majlis santapan malam di Istana Negara, malam tadi.
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Tindakan pemain Kedah meraikan kemenangan lebih awal ketika penentuan sepakan penalti masih belum berakhir pada final Piala Malaysia malam kelmarin mengejutkan 80,000 penyokong di Stadium Shah Alam.

Selepas pemain tengah Selangor, Hafiz Kamal gagal menyempurnakan sepakan penalti keenam, tidak semena-mena beberapa pemain Kedah berlari meluru ke penjuru kanan gol menerpa penjaga gol muda Ifwat Akmal Che Kassim dan berpelukan meraikan kemenangan sedangkan kedudukan masih terikat 4-4.

Situasi itu bukan saja membuatkan pemain lain terpinga-pinga malah penyokong kemudian turut bersorak terhadap pemain Kedah.

Beberapa minit selepas itu, baru pemain Kedah sedar bahawa mereka masih memerlukan satu lagi gol untuk menamatkan penentuan sepakan penalti selepas diarahkan oleh pengadil Amirul Izwan Yacob.

Lebih mengharukan buat kem Kedah selepas itu, sepakan Amirul Hisyam Awang Kechik berjaya diselamatkan penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2016 @ 6:17 AM