CHIA (lima dari kiri) bersama pemenang pingat yang menerima sumbangan kerusi dan peranti urut Osim.
CHIA (lima dari kiri) bersama pemenang pingat yang menerima sumbangan kerusi dan peranti urut Osim.
Siti Zarinah Sahib

Sempena meraikan pencapaian cemerlang dan kemenangan bersejarah atlet di Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio 2016, Osim Malaysia menyampaikan 11 kerusi urut dan dua peranti urut mudah alih sebagai tanda menghargai pemenang pingat.

Pungutan pingat - tiga emas, empat perak dan dua pingat gangsa dimenangi dalam kedua-dua arena, adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik pada 1964 dan Sukan Paralimpik pada 1972.

Ganjaran yang diberikan ini sebagai penghargaan negara kepada atlet yang bekerja keras mengharumkan nama negara.

Menurut Pengurus Besar Osim Malaysia Sdn Bhd Chia Sook Fun, tiada profesion lain yang menggunakan tenaga fizikal seperti atlet kerana mereka menghabiskan jumlah masa yang banyak untuk mengkondisikan badan.

“Oleh itu mereka perlu mendapat rehat yang cukup selepas sibuk menjalani latihan atau perlawanan,” kata Chia.

Tiga atlet Sukan Paralimpik yang merangkul emas, Mohd Ridzuan Mohd Puz i (Pelari Pecut Lelaki 100m T36), Abdul Latif Romly (Lompat Jauh Lelaki T20) dan Ziyad Zolkefli Muhammad (Lontar Peluru Lelaki F20) masing-masing menerima kerusi urut terkini dan paling laris iaitu Osim uLove untuk membantu mengurangkan rasa sakit dan tekanan daripada latihan intensif selain membantu proses pemulihan.

Program kerusi urut direka secara profesional untuk menawarkan kelegaan badan segera dengan memberikan penekanan kepada bahu dan lumbar. Ia juga membantu melonggarkan otot tegang sambil meningkatkan pelbagai gerakan dan fleksibiliti.

Pemenang pingat perak, Datuk Lee Chong Wei (Badminton Perseorangan Lelaki ); Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying (Badminton Beregu Campuran); Goh V Shem dan Tan Wee K iong (Badminton Beregu Lelaki); Chong Jun Hong dan Pandalela Rinong (Terjun Platform Seirama 10m) masing-masing menerima OSIM uDiva Classic - sofa urut bersaiz kecil tetapi mempunyai pelbagai fungsi.

Kerusi itu menggabung–kan fungsi penggelek urut dan teknologi urut power-ball yang meniru pelbagai teknik urutan untuk memberikan kelegaan segera kepada bahagian yang sukar dicapai seperti leher, bahu, belakang dan lumbar. Chong Wei juga menerima kerusi urut Osim uLove sebagai tanda penghargaan ke atas sumbangan kepada negara.

Pemenang pingat gangsa dalam Acara Berbasikal Keirin Lelaki, Azizul Awang dan Acara Lompat Jauh Wanita T20, Siti Noor Radiah Ismail menerima uJolly yang mudah alih serba boleh dan sesuai diletakkan di pelbagai kerusi, sofa dan katil.

uJolly adalah teman perjalanan sempurna untuk atlet dengan fungsi kehangatannya membantu melonggarkan otot badan tegang. Selain itu, inovatif Dual-Action Press-Grip memberikan urutan yang disasarkan untuk melegakan tisu dalaman, melonggarkan otot tegang dan sakit.

Azizul dan Siti juga diberi mesin urut kaki Phoria Warm yang mempunyai fungsi penghayatan kaki dan fungsi Tui-Na yang menggalakkan pemulihan semula.

Dalam menunjukkan komitmen dan sokongan bagi industri sukan tempatan, tiga kerusi urut Osim uMagic juga dianugerahkan kepada Majlis Sukan Negara untuk membantu pemulihan semula dan kelegaan otot tegang atlet negara.

“Ini adalah cara kami menunjukkan sokongan kepada Majlis Sukan Negara dan atlet yang bekerja keras membawa kebanggaan kepada negara. Kami berharap sumbangan kecil ini akan memberi inspirasi kepada generasi akan datang, “kata Chia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2016 @ 5:31 AM