Selepas kejayaan kerusi urut uDivine lima tahun lalu, OSIM (M) Sdn Bhd, peneraju global dalam produk gaya hidup sihat mencipta satu lagi kejayaan dengan pelancaran kerusi urut Teknologi Magic Hands Massage (uMagic) pertama dipatenkan di dunia.

Dengan urutan cengkaman tangan dipatenkan, uMagic memperkenalkan dimensi baru teknik urutan OSIM. Realistik dan hidup, ia seolah-olah memberi ceng­kaman tangan tangkas daripada tukang urut profesional yang dengan tepat mengenal pasti kesakitan sebaik duduk di kerusi itu.

Pengguna dimanjakan dengan penuh kelegaan dan urutan keseronokan yang datangnya daripada teknologi urutan tangan yang ditawarkannya. Dilengkapi program automatik, anda boleh menikmati tukang urut peribadi di hujung jari anda pada bila-bila masa sepanjang hari.

OSIM uMagic memahami keperluan berbeza dan unik bagi setiap pengguna manakala program urut direka untuk pengalaman urut badan pelbagai deria.

Untuk mencapai urutan yang seakan-akan hidup, pakar urut kiropraktik Jepun, Sato Tsuyoshi mereka cipta program urut dua bintang khas dan program lapan gaya hidup yang dilengkapi ­dengan ciri urutan tangan magis pertama dunia untuk menyegarkan semula pengguna.

Moments Magic memberi tumpuan kepada leher dan bahu, program yang memberi fokus kepada revolusi teknik urut cengkaman tangan yang paling tulen dan realistik. Berkesan melegakan titik kesakitan yang biasa.

Shoulder Delight seperti diaktifkan dengan pengesan bahu pintar, program ini membolehkan kelegaan segera untuk leher dan bahu yang sakit. Mendapat manfaat daripada urutan cengkaman tangan, teknik unik ini ciri yang amat baik untuk pengguna gajet yang sentiasa merendahkan kepala mereka untuk melihat telefon bimbit atau alat lain.

OSIM uMagic menggabungkan lapan program gaya hidup yang membantu pengguna untuk merasakan hasil maksimum dalam tiga peringkat berbeza:

SEGAR SEMULA: Cara terbaik menyegarkan diri semula kerana ia merangsang dan melegakan badan dan minda dengan mengurangkan ketegangan badan.

PELEPASAN: Kelegaan terapeutik dan melonggarkan ketegangan badan terutama pada bahagian bawah belakang untuk mengekalkan kontur badan yang sihat.

PERHALUSI: Sentuhan feminin untuk membentuk dan menegapkan kontur badan, sementara bersantai dan menyelesakan otot untuk kesejahteraan yang lebih baik setiap hari.

Dengan teknik urutan tangan yang paling maju dengan teknologi telefon pintar yang inovatif, hanya sambungkan kepada bluetooth dan luaskan pengalaman urut anda dengan uMagic dengan memuat turun Program Gaya Hidup urut terkini.

OSIM uMagic boleh didapati di semua cawangannya dalam tiga warna iaitu mocha, krim dan ungu yang didatangkan dengan pengurut kaki unik untuk menjimatkan ruang di rumah.

Untuk meraikan Hari Ibu yang akan datang, manjakan ibu tercinta anda dengan OSIM uMagic yang dijual pada harga RM386 sebulan. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi khidmat pelanggan OSIM di talian 1800 88 9898 atau layari www.OSIM.com.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2015 @ 2:15 PM