KENDERAAN terbabit kemalangan di Kota Belud. FOTO ihsan pembaca
KENDERAAN terbabit kemalangan di Kota Belud. FOTO ihsan pembaca
Junaidi Ladjana dan Recqueal Raimi

Kota Belud: Seorang lagi kanak-kanak perempuan meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Kampung Pandasan, Kota Belud, pagi tadi, menjadikan keseluruhan tujuh mangsa terbunuh.

Mangsa Vera Alira Jalius, 6, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kota Belud pada 11.15 pagi.

Terdahulu, mangsa yang parah itu di bawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Sabah, Kota Kinabalu, untuk rawatan lanjut namun terpaksa berpatah balik disebabkan keadaan mangsa yang kritikal.

Selepas menerima rawatan di Hospital Kota Belud, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia.

Bapa saudara mangsa Salim Nasib, 40, berkata, selepas bertolak dari Hospital Kota Belud menuju ke HWKK, untuk rawatan lanjut, ambulans membawa Vera terpaksa berpatah.

"Kira-kira 10 minit selepas bertolak, ambulans membawa Vera terpakas berpatah balik disebabkan keadaannya tidak stabil.

"Kami yang menunggu di ICU Hospital Kota Belud kemudian dimaklumkan bahawa Vera meninggal dunia," katanya ketika ditemui, hari ini.

Berdasarkan maklumat awal, kemalangan ini membabitkan empat kenderaan iaitu Proton Saga, Gen2, Toyota Hilux dan Perodua Kancil.

Berita berkaitan:

[Update] Tiga mangsa dikenal pasti

6 terbunuh, 5 parah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 1:58 PM