Kota Belud: Seorang lagi mangsa kemalangan, Neta Ramlan, 37, mengikut dua anaknya yang maut dalam kemalangan mengorbankan tujuh nyawa di Jalan Kota Belud-Kota Marudu di Kampung Keguraan di sini, pagi tadi, apabila dia meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, petang ini.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, kematian Neta Ramlan, 37, itu menjadikan jumlah mangsa terkorban kini lapan orang.

Dalam kejadian 5.55 pagi itu, pemandu Proton Gen 2 dari Kota Belud menghala Kota Marudu dipercayai hilang kawalan dan merempuh tiga kenderaan dari arah bertentangan.

Akibat pertembungan itu, enam mangsa maut di tempat kejadian, seorang mangsa meninggal di Hospital Kota Belud manakala tiga mangsa parah dan dua cedera.

Mangsa yang maut daripada Proton Saga dinaiki Neta pula ialah dua anaknya, Nursyikah Jumat, 3, abangnya Aidil Jumat (L), Hamirah Salleh, 39,, 8 dan Vera Adira Jalius, 6.

Mangsa yang disahkan terbunuh dalam kereta Gen 2 ialah Frenwell Jefery, 31, (pemandu) adiknya, Herlin Naxe Jeffery, 26, dan seorang lagi rakan mereka, Ellyzek Johnny (L), 28.

Mangsa yang cedera parah ialah Alibasa Alibasa, 24, (pemandu Proton Saga) dan Neta Ramlan, 37, (penumpang Proton Saga, meninggal dunia petang ini di hospital) dan Sarini Body, 21.

Pemandu Perodua Kancil, Azimah Jiran, 34, dan pemandu Toyota Hilux, Mapinsin Lagung, 45, hanya cedera.

Berita berkaitan:

[Update] Tiga mangsa dikenal pasti

6 terbunuh, 5 parah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 5:55 PM