AKSI pelumba Moto2, Hafizh Syahrin (kiri) di  GP Jepun. FOTO AFP
AKSI pelumba Moto2, Hafizh Syahrin (kiri) di GP Jepun. FOTO AFP
Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Meskipun Litar Phillip Island sering menjadi ‘badi’ kepada Hafizh Syahrin Abdullah , pelumba Moto2 PETRONAS Raceline Malaysia itu tetap optimis dapat meraih keputusan terbaik pada Grand Prix (GP) Australia hujung minggu ini untuk mengekalkan momentum konsisten itu apabila beraksi di halaman sendiri dua minggu lagi.

Sepanjang kariernya di Kejohanan Motosikal Dunia, Hafizh masih belum pernah mengutip mata di Phillip Island yang menyaksikannya gagal menamatkan perlumbaan pada 2014 dan sekadar meraih tempat ke-16 tahun lalu ketika beraksi dalam keadaan demam.

Berbekalkan jentera yang dilihat konsisten musim ini sehingga menyaksikannya mengutip mata hampir di semua pusingan sebelum ini, Hafizh berharap badi di Phillip Island akan berakhir, Ahad ini.

“Phillip Island sentiasa sukar untuk saya sejak beraksi di sini ketika Kejohanan Australia beberapa tahun lalu.

“Tapi kali ini, kami tampil dengan misi untuk memberikan cabaran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 6:38 AM