KETUA Cawangan KPDNKK  Seberang Perai Tengah (SPT), Abdul Madi Wahab (tengah) bersama pegawainya menunjukkan lapan helmet tiruan berjenama Arai yang dirampas dalam satu serbuan di Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. FOTO Amir Irsyad Omar

Shamsul Munir Safini

Seberang Jaya: KPDNKK Cawangan Seberang Perai rampas lapan helmet tiruan jenama Arai bernilai RM2,600 di Alma.

Penguatkuasa KPDNKK serbu premis aksesori helmet dan tayar di Jalan Rozhan, Bukit Mertajam selepas mendapat maklumat orang awam, pada 2 petang semalam.

Ketua Cawangan KPDNKK Seberang Perai, Abdul Madi Wahab, berkata hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan menjual helmet tiruan jenama Arai.

Beliau berkata, lapan helmet berkenaan dirampas manakala pemilik premis diambil keterangan.

"Helmet tiruan yang kelihatan seakan-akan asli itu tidak dijamin keselamatannya dan bahaya kepada pengguna," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 12:08 PM