ANTARA babak menarik dalam telefilem ini.
ANTARA babak menarik dalam telefilem ini.
ANTARA babak menarik dalam telefilem ini.
ANTARA babak menarik dalam telefilem ini.
ANTARA babak menarik dalam telefilem ini.
ANTARA babak menarik dalam telefilem ini.
SHAMYL (tiga dari kiri) bersama pelakon Oh My English! : Villa Isabellaaa!
SHAMYL (tiga dari kiri) bersama pelakon Oh My English! : Villa Isabellaaa!
Oleh Michelle Gun

Berikutan kejayaan Oh My Ganu! dan Oh My English! Hello-America!, Astro tampil dengan telefilem terbaru Oh My English!: Villa Isabellaaa!.

Penerbitan telefilem itu juga atas permintaan penonton dan bakal disiarkan pada 27 Disember ini, jam 9 malam di TVIQ dan Maya HD.

Kali ini, siri ketiga telefilem berkonsep komedi pendidikan itu menyuntik elemen seram, misteri serta suspens.

Peminat siri Oh My English! (OMG) pasti tidak sabar menyaksikan kisah pengembaraan baru serta cabaran yang bakal dihadapi Mr Henry Middleton dan pelajarnya.

Diarahkan Shamyl Othman, Oh My English!: Villa Isabellaaa! dijayakan barisan pelakon Zain Saidin, Akhmal Nazri, Nadiya Nisaa, Juzzthin, Zhafir Muzaini, Rahim Jalur dan Sherry Al Hadad.

Ia turut menampilkan Emelda Rosemila serta kemunculan istimewa Izzue Islam, Sara Ali dan Atu Zero.

Shamyl berkata, tahap seram telefilem itu tidak keterlaluan untuk penonton kanak-kanak.

"Kami prihatin terhadap perkara ini dan sudah menetapkan elemen bersesuaian dengan kanak-kanak di awal peringkat pembikinan telefilem ini.

"Malah, beberapa babak terpaksa diubah kerana mendapati ia kurang sesuai," katanya di Majlis Pelancaran Oh My English!: Villa Isabel-laaa!, di ibu negara kelmarin.

Menurutnya, penggambaran telefilem itu mengambil tempoh selama 10 hari di Kuang, Selangor.

Mengulas lakonannya dalam Oh My English!: Villa Isabellaaa!, Emelda berkata, pengalaman itu menyeronokkan kerana berganding bersama barisan pelakon yang mencuit hati.W

"Saya menerima tawaran untuk berlakon dalam telefilem itu kerana diterbitkan produksi yang berprestij. Tambahan pula, saya sendiri pun menonton siri OMG," katanya.

Emelda memegang watak sebagai Puan Tiana, wanita misteri yang sering berpakaian merah dan tinggal berseorangan di Villa Isabella.

Dalam telefilem itu, terdapat babak Emelda memegang katak. Namun, pelakon itu memberitahu dia langsung tidak takut ketika disuruh untuk memegang amfibia itu.

"Saya sudah lama berlakon dan pernah pegang pelbagai binatang, jadi tiada masalah untuk membawa babak itu," katanya.

Oh My English!: Villa Isabellaaa! mengisahkan guru Mr Middleton bersama pelajar kelas 4 Merah terpaksa bermalam di sebuah rumah terpinggir selepas tayar van dinaiki pancit.

Pelbagai persoalan timbul selepas beberapa kejadian aneh berlaku terhadap mereka.

Keberanian Jojie untuk mencari kebenaran dengan membongkar rahsia tersembunyi di sebalik Villa Isabella.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 5:07 AM