Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan Ahmad Shapawi Ismail sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang baru.

Pengumuman itu diadakan pada sidang media sebentar tadi, selepas Khairy mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN.

Perlantikan Shapawi dibuat selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuka iklan jawatan berkenaan secara terbuka pada awal November lalu.

Shapawi menggantikan Datuk Seri Zolkples Embong yang sekarang ini menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Disember 2014 @ 4:41 PM