Wajah Ronaldo terpampang pada bangunan hotelnya. FOTO AGENSI
Wajah Ronaldo terpampang pada bangunan hotelnya. FOTO AGENSI
Hotel tersergam diberi nama Pestana CR7 Lisboa. FOTO AGENSI
Hotel tersergam diberi nama Pestana CR7 Lisboa. FOTO AGENSI
Ronaldo memberi ucap ringkas majlis pelancaran. FOTO AGENSI
Ronaldo memberi ucap ringkas majlis pelancaran. FOTO AGENSI
Daily Mail

Lisbon: Bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo melancarkan pembukaan hotel terbarunya di Portugal biarpun tidak dapat membantu pasukannya mencipta kejayaan menentang Eibar dalam La Liga.

Biarpun Real seri 1-1 namun ia adalah malam pencapaian peribadi gemilang buat dirinya.

Penyerang berusia 31 tahun itu memperkenalkan hotelnya sebagai ‘Pestana CR7 Lisboa’ - Lifestyle Hotel yang bakal menjadi hala tuju kehidupannya selepas bola sepak.

Ia hotel kedua daripada empat hotel membabitkan pelaburan sebanyak £54 juta (RM286 juta) yang turut disertai oleh ibu, anak dan ejen super, Jorge Mendes.

Ronaldo jelas begitu ceria sewaktu menyampaikan ucapan ringkas di kediamannya di bandar itu.

Dia tidak beraksi bersama Portugal sejak Julai di Paris selepas skuadnya bergelar juara EURO 2016.

Pengurus skuad kebangsaan negara itu, Fernando Santos turut berada pada majlis pelancaran.

Santos berkata:” Saya mengenali Ronaldo sejak dia berumur 18 tahun. Dia pemain berkualiti dan memiliki semangat tinggi untuk menang. Pemikirannya betul dan seorang lelaki hebat.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 7:31 PM