SEGENAP sudut sarat dengan tanaman hiasan sesuai.
SEGENAP sudut sarat dengan tanaman hiasan sesuai.
RUTIN pagi Rosidah menyelenggara tanaman.
RUTIN pagi Rosidah menyelenggara tanaman.
BAGAIKAN satu bonus apabila memiliki kediaman di tengah sawah seperti Rosidah ini.
BAGAIKAN satu bonus apabila memiliki kediaman di tengah sawah seperti Rosidah ini.
SET kerusi dan meja taman dalam rekaan cendawan ceria.
SET kerusi dan meja taman dalam rekaan cendawan ceria.
ROS menjadi bunga kegemaran Rohani.
ROS menjadi bunga kegemaran Rohani.
ANTARA terapi keindahan yang menarik perhatian.
ANTARA terapi keindahan yang menarik perhatian.
ROHANI membuang daun kering pada tanaman rosnya.
ROHANI membuang daun kering pada tanaman rosnya.
RIMBUN dan hijau landskap di depan mata.
RIMBUN dan hijau landskap di depan mata.
SAUJANA indah kediaman Rosidah
SAUJANA indah kediaman Rosidah
Hartini Mohd Nawi


Sukar dibuktikan secara saintifik tetapi hasilnya cukup mengagumkan. Itulah yang berlaku kepada dua wanita yang pulih daripada penyakit kronik dihidapi selepas menjalani ‘terapi hijau’.

Rosidah Md Hussin, 56, menghidap ketumbuhan di dalam kepala, manakala Rohani Bujang, 45, menghadapi masalah darah beku di bahagian kepala hingga mengaktifkan sel kanser.

Hasil ‘bermesra’ dengan tanaman hiasan dan pokok bunga, mereka kini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu.

Landskap nostalgia desa

Sejak enam tahun lalu, rutin pagi wanita berjiwa kental ini ialah ‘membelai’ pokok di laman kediamannya yang panoramanya sejuk mata memandang.

Sarat dengan idea penataan taman konsep nostalgia desa, hakikatnya pengalaman yang dilalui Rosidah sebelum ini bagaikan mati hidup semula.

Apabila disahkan menghidap ketumbuhan di dalam kepala pada tahun 2010, beliau dilarang melakukan kerja berat.

Bagi menghilangkan bosan, seawal pagi lagi beliau sudah berada di laman untuk meninjau pokok yang ditanamnya.

“Saya memang gemarkan landskap kerana ia memberikan ketenangan dan hilang segala tekanan.

“Hari-hari saya ‘bercakap’ dengan pokok sambil membuang daun kering, membaja atau menyiram, tanpa sedar ada satu kepuasan di situ,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pinang, Sungai Burong, Tanjong Karang, Selangor, baru-baru ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan mendekati landskap antara faktor yang membantu penyakitnya sembuh sepenuhnya tanpa diduga walaupun turut mengambil ubat dan menjalani rawatan yang disyorkan doktor.

“Semua yang berlaku dengan izin-Nya. Apabila kita melakukan kerja diminati, aura positif yang berada di sekeliling ‘dikutip’ bersama.

Sebelum itu, landskap yang dibina Rosidah dengan bantuan keluarga termasuk suaminya Aziz Alang, 63, sekadar biasa-biasa saja.

“Suasananya berubah selepas saya disahkan sakit, enam tahun lalu. Idea reka letak tanaman dan konsep taman selalu bertukar tempat bagi mengelak kebosanan.

“Jika beberapa bulan lalu, latar laman ini dihiasi bunga-bungaan bagi melengkapi taman Inggeris, hari ini diubah menjadi taman nostalgia desa,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dari jauh kediaman yang terletak di sawah padi itu mempunyai tarikan tersendiri dengan panorama hijau terbentang di depan mata.

Landskap taman ros

Wanita yang digelar pakar bunga ros ini begitu mencintai dunia landskap hingga sanggup menimba sebanyak mungkin ilmu dan melakukan penyelidikan berkenaan tanaman itu sejak tahun 2007.

Semuanya dizahirkan pada landskap di kediamannya yang dinamakan HoneyBee Rose Garden di Seksyen 7, Shah Alam.

Semangat dan kesungguhan Rohani membuatkan sesiapa pun tidak percaya beliau sebenarnya pernah diuji dengan insiden darah beku di bahagian kepala hingga mengaktifkan sel kanser.

“Semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan ia sedikit pun tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus positif sepanjang masa.

“Tahun 2007 juga memberi kekuatan kepada saya untuk lebih serius menanam bunga ros hingga terbinanya taman seperti hari ini.

“Mendampingi bunga indah ini membuatkan saya lebih mengenali alam ciptaan Tuhan.

“Apatah lagi bunga ros ada tarikan dan karakter tersendiri yang perlu diteliti sebaik mungkin,” katanya yang kini disahkan pulih sepenuhnya daripada penyakit itu.

Keindahan HoneyBee Rose Garden diwarnai bunga ros pelbagai spesies termasuk old rose, ground cover, English rose, grandy flora dan ros kampung.

Tidak hanya berkongsi ilmu bunga ros dengan peminatnya menerusi Kelab Ros HoneyBee, Rohani turut bersedia mendengar luahan rasa ahli kelab yang menghidap penyakit untuk kembali bersemangat meneruskan kehidupan.

Kini keahlian Kelab Ros HoneyBee yang diasaskannya sudah menjangkau kira-kira 5,200 orang dari seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2016 @ 5:56 AM