MUSTAFAR (kiri) bersalaman Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Islam Malaysia, Datuk Kadhar Shah Abdul Razak (tiga kanan) ketika sesi dialog bersama majikan. FOTO Rudy Syareme Sheriffudin
MUSTAFAR (kiri) bersalaman Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Islam Malaysia, Datuk Kadhar Shah Abdul Razak (tiga kanan) ketika sesi dialog bersama majikan. FOTO Rudy Syareme Sheriffudin
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Majikan degil yang terus menggajikan atau melindungi pekerja asing tanpa izin (PATI) bakal berdepan tindakan tegas apabila Jabatan Imigresen mengambil tindakan penyitaan aset dan akaun majikan berkuatkuasa esok.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya sebelum ini sudah memberi tempoh masa panjang kepada majikan untuk mematuhi selain memahami dan menghayati pelaksanaan undang-undang bakal dikenakan.

Beliau berkata, satu garis panduan diperuntukkan mengikut penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Pasport 1966, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2011 (AMLA).

Katanya, tindakan akan diambil mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan akta berkenaan boleh dikuatkuasa untuk membeku atau menyita aset akaun majikan yang didapati bersalah.

"Mulai esok tindakan penguat kuasaan akan dilaksanakan sepenuhnya oleh semua pegawai penguat kuasa dan tiada tolak ansur diberikan selain satu siasatan rapi akan dibuat sebelum sebarang tindakan diambil.

"Kesalahan yang dilakukan cukup serius dan semua pihak harus mematuhi arahan yang diberikan dan mana-mana majikan atau pekerja industri yang masih degil akan berdepan tindakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 September 2016 @ 7:34 PM