FOTO HIASAN
FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: TNG Digital Sdn Bhd (TNGD), pemilik dan pengendali perkhidmatan dompet elektronik Touch 'n Go eWallet, komited sepenuhnya untuk mematuhi standard yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketua Pegawai Eksekutif Alan Ni berkata TNGD akan terus bekerjasama dengan BNM, mematuhi protokol serta mengamalkan akauntabiliti kendiri pada tahap tertinggi.

"Sebagai menyokong pengumuman BNM baru-baru ini, TNGD menjadikan semua kes ini sebagai contoh utama pematuhan kami yang kukuh terhadap peraturan serta dasar BNM.

"Sejajar dengan menjadikan pengguna sebagai keutamaan kami, kumpulan berharap untuk memperkukuh keyakinan mereka terhadap pematuhan oleh platform kami," katanya dalam kenyataan.

Minggu lalu, BNM berkata ia mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) RM600,000 ke atas TNGD pada 18 Mei 2023, kerana menyalahi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan berkaitan dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2014 (AMLA).

TNGD secara sukarela melaporkan kepada BNM bahawa ia dalam dua masa berasingan, menerima dua individu yang dikenakan tindakan mengikut akta itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 September 2023 @ 10:31 AM