Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kiri) menyampaikan trofi kepada Ricciardo selepas perlumbaan di Sepang.FOTO NSTP/MOHAMAD SHAHRIL
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kiri) menyampaikan trofi kepada Ricciardo selepas perlumbaan di Sepang.FOTO NSTP/MOHAMAD SHAHRIL
Saiful Affendy Sapran


Sepang: Dua pemandu Red Bull Racing, Daniel Ricciardo serta Max Verstappen menamatkan perlumbaan 1-2 pada saingan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Ricciardo yang menaiki podium kedua pada perlumbaan terakhir di GP Singapura dua minggu lalu, muncul juara apabila menamatkan saingan dengan catatan 1 jam 39.853 saat.

Verstappen meraih tempat kedua dengan catatan 1:39.366s.

Pemandu Mercedes AMG PETRONAS yang juga pendahulu keseluruhan pemandu, Nico Rosberg meraih tempat ketiga 1:38.056s.

Rakan sepasukan Rosberg, Lewis Hamilton gagal menamatkan perlumbaan berikutan masalah jentera pada pusingan ke-41 ketika memimpin saingan.

Pusingan seterusnya akan berlangsung di GP Jepun pada 7 hingga 9 Oktober ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2016 @ 5:19 PM