MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Bagan Serai: Murid lelaki maut dirempuh lori membawa muatan makanan ayam di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Medan di sini, hari ini.

Dalam kejadian 7.20 pagi itu, mangsa, Mohammad Haikal Helme, 10, dari Kampung Parit Gabis Atas di sini, maut di lokasi kejadian dalam keadaan memilukan di hadapan ibunya sendiri.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata, siasatan awal mendapati mangsa melintas jalan untuk memasuki sekolahnya sebelum dirempuh lori berkenaan yang datang dari arah Butterworth menghala ke Sungai Siput.

Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2016 @ 12:03 PM