Kuala Lumpur: Penjualan tiket secara dalam talian untuk perlawanan final kedua Piala AFF tetap diteruskan sehingga esok meskipun peruntukan sebanyak 20,000 tiket sudah habis terjual.

Pengerusi Jawankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S Sivasundram pada sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi berkata, sehingga petang ini sebanyak 27,000 tiket sudah terjual sejak ia mula dijual Ahad lalu dan akan terus dibuka sehingga jam enam petang esok.

Katanya, tiada jumlah maksimum untuk jualan tiket dalam talian meskipun FAM sebelum ini membuat ketetapan untuk hanya menjual sehingga 20,000 tiket.

Untuk itu, mereka yang masih berminat untuk menyaksikan perlawanan final membabitkan Malaysia dan Thailand masih boleh membeli tiket menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Disember 2014 @ 6:34 PM