Poster mengenai virus Zika dipamer untuk memberikan kesedaran dan memaklumkan simptom jangkitan virus Zika kepada penumpang yang tiba dari penerbangan antarabangsa khususnya dari Singapura di Balai Ketibaan Penerbangan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK). FOTO Mohd Adam Arinin (Gambar fail)

Siti A'isyah Sukaimi

Putrajaya: Satu lagi kes terbaharu disahkan Zika membabitkan seorang wanita mengandung berusia 27 tahun dari Taman Desa Harmoni, Johor Bahru, Johor semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, usia kandungan wanita itu antara tiga hingga empat bulan dan dia kini dirawat di hospital kerajaan.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan mengesahkan suami wanita terbabit bekerja di Singapura.

"Pesakit pada mulanya mengalami demam, ruam serta sakit badan dan mendapatkan rawatan di hospital dan seterusnya disahkan Zika.

"Bagaimanapun, kita masih menunggu hasil ujian darah suaminya sama ada ia positif Zika atau sebaliknya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Justeru, beliau berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada wanita itu dijangkiti disebabkan gigitan nyamuk atau melalui hubungan kelamin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 3:49 PM