AGUERO (kiri) bakal terlepas aksi jiran setempat.
AGUERO (kiri) bakal terlepas aksi jiran setempat.
AFP

London: Penyerang Manchester City Sergio Aguero kemungkinan besar terlepas aksi menentang musuh setempat Manchester United selepas dia didakwa dengan pertuduhan salah laku oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris, kelmarin.

Pertuduhan itu berkait dengan insiden ketika kemenangan 3-1 City ke atas West Ham hujung minggu lalu apabila Aguero dilihat sengaja menyiku pertahanan lawan Winston Reid.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman gantung tiga perlawanan sekali gus menyaksikan dia tidak dapat menyertai kunjungan City ke Manchester United pada 10 September, aksi menentang Bournemouth di tempat sendiri serta kunjungan ke Swansea City untuk perlawanan Piala Liga.

“Sergio Aguero dituduh berkelakuan ganas yang tidak dilihat pengadil tapi berjaya dirakam video,” kata FA dalam satu kenyataan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 8:01 AM