HEYNCKES (kanan) sempat melayani peminat. FOTO/AFP
HEYNCKES (kanan) sempat melayani peminat. FOTO/AFP
AFP

INGOLSTADT, Jerman: Bayern Munich “tidak ada alasan lagi”, kata kapten sementara Thomas Mueller selepas jurulatih veteran Jerman, Jupp Heynckes mengambil alih tugas sebagai pengurus juara Bundesliga itu.

Heynckes, 72, kembali daripada persaraan untuk mengambil alih skuad itu - kali keempat dalam kerjayanya bersama Bayern - apabila Carlo Ancelotti dipecat selepas kalah 0-3 kepada Paris Saint-Germain dalam Liga Juara-Juara.

“Perubahan jurulatih selalunya memberi tenaga baru dan saya rasa kami kini perlu memberi tumpuan terhadap diri sendiri. Tidak ada alasan lagi,” kata Mueller di ibu pejabat Audi di Ingolstadt yang juga menjadi penaja utama kelab itu.

“Sentuhan ajaib Jupp Heynckes masih ada, beliau memberi banyak tenaga sejak Isnin lalu dengan pasukan kejurulatihannya,” kata penyerang itu.

Heynckes bergabung semula dengan pasukan kejurulatihannya pada 2013 yang membantu Bayern memenangi tiga kejuaraan - Bundesliga, Liga Juara-Juara dan Piala Jerman.

Menurut media Jerman, bintang Bayern mengkritik corak latihan sederhana yang dilakukan Ancelotti tetapi Mueller menyatakan pasukan itu akan menikmati musim gamilang di bawah Heynckes.

“Setakat ini kami berlatih dengan baik,” katanya.

“Kami mempunyai dua sesi yang intensif dan mempunyai masa menyeronokkan.”

Bayern kini menghuni tangga kedua Bundesliga tetapi ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Borussia Dortmund selepas hanya tujuh perlawanan.

Kekalahan di Paris juga menimbulkan keraguan pasukan itu bermain di pertandingan utama Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Oktober 2017 @ 10:29 PM