NUR Jazlan (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada Arif Hairuddin sambil diperhatikan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KDN, Hashimah Nik Jaafar. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
NUR Jazlan (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada Arif Hairuddin sambil diperhatikan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KDN, Hashimah Nik Jaafar. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Malaysia berharap kerajaan Amerika Syarikat memberi pertimbangan serius berhubung rayuan pembebasan bekas pemimpin Al-Qaeda, Riduan Isamuddin atau Hambali kepada Lembaga Kajian Berkala Penjara kerana dibimbangi menjadi pencetus kembangkitan kumpulan pengganas di rantau Asia Tenggara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Hambali yang kini ditempatkan di Guantanamo Bay selama 13 tahun dilihat individu paling berpengaruh dan menjadi pemangkin kepada kumpulan pengganas jika dibebaskan.

"Hambali seorang pengganas yang dedikasi dan juga menjadi pemimpin kepada kumpulan-kumpulan pengganas yang wujud di rantau Asian Tenggara ketika aktif dengan Al-Qaedah sebelum ditangkap.

"Dari pemantauan dan kerjasama, pengganas atau mereka yang berminat menjadi pengganas ini tidak mempunyai kepimpinan atau mempunyai pengetahuan mendapatkan senjata berat dan bahan letupan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permohonan Hambali untuk dibebaskan dari tahanan Guantanamo Bay di hadapan Lembaga Kajian Berkala penjara.

Terdahulu Nur Jazlan menghadiri Perhimpunan Bulanan Sempena Lawatan Kerja ke Kompleks KDN Negeri Johor di Setia Tropika, Kempas di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2016 @ 3:56 PM