Aziman Rosdi

Petaling Jaya: Tiada surat rasmi peletakan jawatan buat kali kedua dihantar Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) setakat ini, namun Exco FAM tetap akan membincangkan kedudukannya itu dalam mesyuarat Exco FAM pada Isnin depan.

Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, isu peletakan jawatan Tengku Abdullah itu sama dengan yang berlaku sebelum ini, maka satu keputusan harus dicapai selepas selesai mesyuarat berkenaan.

“Ini (perkara) lama, cuma ketika itu ahli Exco FAM sudah menolak (permohonan Tengku Abdullah lepaskan jawatan). Senario yang sama cuma kita akan putuskan pada 15 Ogos nanti,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Arena Metro sebelum ini melaporkan mengenai pendirian Tengku Abdullah yang tetap mahu meneruskan hasrat melepaskan jawatan tertinggi FAM sejak Mei 2014 dan tidak mahu campur tangan dalam kemelut melanda badan induk itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 8:09 AM