FOTO ihsan komuniti Dota
FOTO ihsan komuniti Dota
Hazril Md Nor


Seattle, Amerika Syarikat: Acara utama The International Dota 2 bakal bermula jam 1 pagi ini dan 12 pasukan sudah pun menempah kedudukan mereka dalam pusingan utama ini.

OG yang diwakili N0tail, Fly, Miracle-, Cr1t- dan MoonMeander bakal cetuskan persaingan sengit memandangkan prestasi kumpulan ini sangat konsisten dengan markah 11-3 di pusingan kelayakan.

Perlawanan pertama di upper bracket menyaksikan OG menentang pasukan dari Korea Selatan, MVP Phoenix dalam format terbaik daripada 3.

Digital Chaos (DC) juga mengungguli pusingan kelayakan dengan markah keseluruhan 11-3 seperti OG.

Di pusingan suku akhir peringkat Upper Bracket, DC bakal berentap menentang The Wings Gaming, pasukan profesional dari China.

Di peringkat Lower Bracket pula, pasukan kebanggaan Filipina, TNC Pro Team harus bersinar untuk mara ke peringkat seterusnya dengan menentang Vici Gaming juga dari China.

Team Secret pula agak mundur prestasinya apabila jatuh ke peringkat Lower Bracket dan perlu menentang LGD Gaming untuk mara.

Pasukan negara, Fnatic harus menunjukkan persembahan luar biasa dalam pusingan kalah mati menentang Escape Gaming.

Sementara itu, dua pasukan popular dalam Dota 2 iaitu Navi dan Team Liquid perlu berusaha merebut slot ke perlawanan seterusnya dalam pusingan kalah mati.

EG, Newbee, EHOME dan Alliance pula bakal berentap pada keesokan harinya dalam format terbaik daripada tiga. Peminat Dota 2 sekalian, adakah anda sudah bersedia?

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 5:42 PM