PASPORT Malaysia Antarabangsa. FOTO arkib NSTP
PASPORT Malaysia Antarabangsa. FOTO arkib NSTP
Nursyahirah Marzuki


Putarajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewajibkan semua pihak yang kelihangan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) membuat laporan polis mengikut peraturan yang sedia ada berkuatkuasa 27 Februari 2015.

KDN satu kenyataan berkata, semua maklumat mengenai PMA yang dilaporkan hilang akan dikongsi dalam pangkalan data Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi memastikan PMA itu tidak disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Kita berharap orang ramai terutama mereka yang kehilangan PMA melaporkannya kepada pihak polis dan PMA yang dijumpai semula tidak boleh digunakan malah mereka perlu membuat permohonan gantian PMA bagi tujuan ke luar negara.

"Pangkalan data Dokumen Perjalanan Yang Hilang dan Dijumpai (STLD) ini boleh diakses oleh beberapa negara termasuk Singapura, Amerika Syarikat, dan United Kingdom," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2016 @ 12:42 PM